Thursday, August 7, 2014

KENALI HARUMAN BERDASARKAN PERSONALITI


PARFUME, minyak wangi ape sahaja yang menghasilkan bau boleh diketogerikan haruman. bagi sesetengah individu ia adala WAJIB dipakai setiap hari. Wangian juga berkait rapat dengan PERSONALITI seseorang individu.

Personaliti : ELEGAN

Jenis haruman/bau kebiasaannya jenis AKUATIK. Bau mewah.

*seseorang yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya. Memerlukan kesempurnaan yang tinggi, bersemangat, intelektual, sangat teliti dan kadang kala agak cerewet. 

Personaliti : FEMININ

Jenis haruman/bau terdiri daripada jenis bunga-bungaan, buah-buahan.

*baunya lembut, manis, segar melambangkan sifat kelembuatan seseorang wanita. Tetapi ade juga kaum Adam yang memakai jenis haruman ini. Bagi mereka satu ketenangan. 

Personaliti : CHIC & SOFISKATED

Jenis haruman/bau terdiri daripada jenis kehijauan, segar.

*Wanita yang gemar mengenakan bauan yang segar ini sukakan sedikit ‘drama’ dalam hidupnya. Haruman jenis ini mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stres.

Personaliti : KLASIK

Jenis haruman/bau terdiri daripada jenis sitrus.

*Si pemakai haruman jenis sitrus membawa diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang suka bauan sitrus mempunyai sisi kecantikan yang klasik.

Personaliti : SEKSI

Jenis haruman/bau terdiri daripada jenis Oriental. Ia mampu membangkitkan rasa seksi si pemakai..

Personaliti : HAPPY, PERIANG

Jenis haruman/bau terdiri daripada jenis gourmand 

*Aromanya yang cukup memikat dan menyenangkan membuatkan si pemakai sentiasa ceria dan ketawa dalam kehidupan seharian.


Wednesday, July 2, 2014

Haruman MEMPENGARUHI emosi


Benar kata orang malah diakui secara psikologi, daripada lima deria utama pada tubuh badan kita, deria bau paling menyerlah apabila membabitkan ingatan kepada seseorang.
Bau juga dikatakan dapat memperbaiki emosi, meningkatkan kecerdasan mental serta memulihkan tenaga yang lemah. Diri yang mula longlai pasti segera bangkit tatkala terhidu wangian yang menyenangkan.


Andai perspektif fesyen diambil kira, Christian Dior pernah mengatakan haruman dipakai seseorang wanita mampu menceritakan secara kasar mengenai dirinya berbanding jika dilihat pada tulisan tangannya. Malah, tidak lengkap penampilan wanita tanpa mengenakan pewangi sehingga ia diangkat satu aspek penting ketika merias diri.

Secara amnya, bauan yang lembut, sensual dan elegan selalu menjadi pilihan utama kerana harumannya tidak begitu keras atau menonjol. Jelas Pengarah Wangian Harumanlily, Lili Nordin, bauan adalah deria paling hampir dikaitkan dengan pusat emosi otak dan boleh dimanfaatkan untuk mencetuskan tindak balas emosi yang kuat.

“Bauan boleh mengubah dan mempengaruhi mood atau perasaan serta tingkah laku kita. Apabila terhidu bauan busuk, kita segera menjauhkan diri dan rasa jijik, tapi sebaliknya berlaku jika bauan itu menyenangkan. Justeru itu, haruman dicipta bukan saja untuk mencetuskan bauan wangi pada tubuh si pemakai tapi turut membantu memperbaiki emosi seseorang,” katanya.

Harumanlily, haruman yang dihasilkan dengan diinspirasikan wangian luar negara yang telah mendapat Pengesahan Halal Jakim. Ia boleh digunakan untuk bersolat, riadah, ruang pejabat, kedai makan, spa dan banyak lagi. Bukan saja menghasilkan wangian popular malah mengenal pasti beberapa haruman yang menjadi pilihan wanita khususnya di Asia.

“Haruman flora hijau dan flora buah-buahan menjadi profil haruman pilihan Harumanlily manakala wanita Asia terarah kepada kategori flora oriental, berempah, kayu-kayan, sitrus dan jambangan bunga. Ia dikenal pasti selepas mengambil kira faktor cuaca, kewangan dan gaya hidup wanita ini, di samping pengaruh dari Barat yang mencorakkan lagi polar haruman pilihan wanita Asia. Bagaimanapun secara asasnya, wanita Asia lebih menggemari haruman yang lembut dan ringan sifatnya berbanding wanita yang tinggal di benua lain,” ujarnya.

Sejak era 1970-an, haruman diklasifikasi dalam beberapa kategori yang lazimnya mengikut peredaran trend ketika itu. Zaman 1990-an menyaksikan industri minyak wangi berkembang pesat dengan kemunculan haruman bersifat ‘edgy’ sebagai tanda budaya memberontak golongan mudanya waktu itu.

Penggunaan bahan lebih asli dan mewah pula diperkenalkan sekitar 2000, di mana industri minyak wangi cuba memperkenalkan konsep kehidupan gembira, selain usaha meneroka seksualiti diri.

Trend haruman 2013 bagaimanapun kembali kepada tema klasik iaitu aura feminin ditiupkan semula dalam haruman mewah flora manakala bauan maskulin banyak menjurus kepada gabungan rempah dan kayu-kayan.

Tahap kesedaran dan kemampuan ekonomi generasi kini turut dikenal pasti menyumbang kepada kepesatan tabiat menyembur haruman setiap hari.

“Minyak wangi tidak lagi dianggap benda mewah, tapi mula menjadi salah satu produk penjagaan diri utama setiap hari. Budaya memberi hadiah haruman itu masih kental dalam masyarakat dunia tapi sesiapa pun kini boleh membeli minyak wangi mengikut cita rasa dan kemampuan mereka,” katanya.

“Tiada tip khusus dalam membeli haruman. Tidak seperti kasut, minyak wangi boleh dibeli pada waktu pagi, petang atau malam dan bauannya masih sama. Cuma digalakkan membeli atau memilih haruman pada waktu pagi kerana ketika itu deria bau kita belum lagi dicemari dan dipenuhi bauan lain. Ini membolehkan kita menikmati semua tiga nota lapisan bau pada haruman itu dan secara tidak langsung dapat memberi tambah nilai pada minyak wangi terbabit,” tegasnya.


Saturday, June 28, 2014

Bagaimana Jadikan Perfume Anda Tahan Lama?

Minyak wangi berkesan kepada kulit yg panas dan mempunyai peraliran darah yg baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yg paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yg dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.


Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yg suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yg tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dgn pemakaian minyak wangi baru.

Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yg sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan.

Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Utk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jgn simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

Promosi Aidilfitri
Jualan Penghabisan Stok
Ssuai untuk muslimah, Sekotak ada 4 jenis haruman yang berbeza. Bau Tahan Lebih Dari Seminggu walaupun sudah dibasuh
Halal dan Suci digunakan
Hubungi / whatsapp kak lily 012 2321075
Agen juga diperlukan


Memikat & Menggoda Lelaki Idaman Anda dengan Haruman

Mahukah Anda :-

Memikat & Menggoda Lelaki Idaman Anda
Membuatkan Semua Lelaki Berasa Seronok Menghidu Bau Anda
Menjadikan Lelaki Ghairah dan Senang Mendekati Anda
Meningkatkan Hormon Pemikat Secara Efektif & Cepat
Memiliki Daya Memikat Yang Tiada Tandingan
Mempunyai Aura Positif Yang Mampu Dirasai Ketika Bersama Rakan & Teman


Semburan wangian yang digunakan secara luaran untuk meningkatkan daya tarikan anda terhadap lelaki. Ia merupakan senjata kimia untuk memikat malah ia mampu membuatkan setiap orang yang berada berdekatan dengan anda merasa tenang. Pelbagai jenis jenama perfumes yang dicipta khusus untuk golongan wanita berkerjaya yang sering menemui ramai orang. Beribu-ribu wanita di seluruh dunia telah ketahui hakikat bahawa, dunia moden ini penuh cabaran dan harus dilalui dengan menggunakan teknologi hormon yang sofistikated. Pengguna-pengguna perfumes sangat sukakan hasilnya. Ia adalah keperluan asas yang perlu dimiliki dalam kehidupan sosial yang mencabar abad ini.


Like Haruman Lily, Bauan Wangi Tahan 2 minggu
Anda berpeluang mendapat sekotak haruman secara percuman
Like Sekarang!

Friday, June 6, 2014


DOOR GIFT


 

HARGA SERENDAH RM10.00 
TERMASUK KOTAK & PARFUME.

MINIMUM ORDER 500 PCS.

KOLEKSI WANGIAN UNTUK WANITA

antara inspirasi terkini:-

1) ANNA SUI DOLLY ON THE BEACH
2) RALPH LAUREN ROMANCE
3) ANNA SUI OF THE FANCY
4) CHANNEL ALLURE
5) MY OH LA LA
6) ESCADA RED SPARKLE
7) ESCADA MOON SPARKLE
8) ESCADA ISLAND KISS
9) ESCADA SEXY GRAFFITY
10) PERRI ELLIS
11) CHRISTINA AGUILERA
12) J. LO STILL
13) J.LO LOVE & LIGHT
14) GUESS
15) SARAH J. PARKER LOVELY
16) BRITNEY SPEARS



Thursday, May 29, 2014

BAU WANGIAN HILANGKAN STRESS.


Dikatakan bahawa wangi-wangian mampu menghilangkan stress, Tak percaya cubalah....
Apa perasaan anda bila terhidu sesuatu yang wangi? 
Happy atau rasa pening?? Dengan memakai minyak wangi

ESCADA RED SPARKLE, ESCADA SEXY GRAFITI, ESCADA ISLAND KISS, ESCADA MOON SPARKLE 

adalah juga satu cara menghilangkan stress..
Cubalah!!