Thursday, August 7, 2014

KENALI HARUMAN BERDASARKAN PERSONALITI


PARFUME, minyak wangi ape sahaja yang menghasilkan bau boleh diketogerikan haruman. bagi sesetengah individu ia adala WAJIB dipakai setiap hari. Wangian juga berkait rapat dengan PERSONALITI seseorang individu.

Personaliti : ELEGAN

Jenis haruman/bau kebiasaannya jenis AKUATIK. Bau mewah.

*seseorang yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya. Memerlukan kesempurnaan yang tinggi, bersemangat, intelektual, sangat teliti dan kadang kala agak cerewet. 

Personaliti : FEMININ

Jenis haruman/bau terdiri daripada jenis bunga-bungaan, buah-buahan.

*baunya lembut, manis, segar melambangkan sifat kelembuatan seseorang wanita. Tetapi ade juga kaum Adam yang memakai jenis haruman ini. Bagi mereka satu ketenangan. 

Personaliti : CHIC & SOFISKATED

Jenis haruman/bau terdiri daripada jenis kehijauan, segar.

*Wanita yang gemar mengenakan bauan yang segar ini sukakan sedikit ‘drama’ dalam hidupnya. Haruman jenis ini mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stres.

Personaliti : KLASIK

Jenis haruman/bau terdiri daripada jenis sitrus.

*Si pemakai haruman jenis sitrus membawa diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang suka bauan sitrus mempunyai sisi kecantikan yang klasik.

Personaliti : SEKSI

Jenis haruman/bau terdiri daripada jenis Oriental. Ia mampu membangkitkan rasa seksi si pemakai..

Personaliti : HAPPY, PERIANG

Jenis haruman/bau terdiri daripada jenis gourmand 

*Aromanya yang cukup memikat dan menyenangkan membuatkan si pemakai sentiasa ceria dan ketawa dalam kehidupan seharian.