Wednesday, April 30, 2014

Kelebihan Bunga Ros

1. Dari sudut pandangan Islam, kisah mengenai Bunga Mawar atau Ros telah dinyatakan di dalam Kitab Suci Al-Quran - Juzuk 27 : Surah Ar-Rahman Ayat 37-38 maksudnya : Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan ?



2. Bunga Ros telah lama digunakan di dalam pelbagai bidang industri pembuatan dan perniagaan seperti berikut :
  • Industri farmaseutikal
  • Industri pemakanan sebagai bahan perasa seperti Minuman pati Ros
  • Industri kosmetik seperti minyak wangi, ubat gigi, bedak talkum
  • Perniagaan Spa sebagai bahan mandian untuk kesegaran badan
3. Pokok Ros terkenal dengan gelaran Raja Segala Bunga (Queen of Flowers). Justeru itu, ianya amat memerlukan :
  • Persekitaran yang bersih
  • Pencahayaan sinar Matahari yang cukup pada setiap hari 
  • Pemberian pemakanan yang konsisten dan lengkap iaitu mengandungi nutrien yang cukup untuk tumbesaran pokok, daun dan bunga yang sihat dan subur.
  • Pemberian air yang mencukupi
4. Aroma wangian bunga Ros mampu memberikan rasa ketenangan serta merangsang minda kita. Cuba amalkan mencium bunga Ros yang mempunyai bauan yang harum pada setiap pagi dan tarik nafas perlahan-lahan & sedalam-dalamnya untuk merasai kenikmatan bauan Ros. Justeru ianya elok digunakan untuk merawat masalah emosi kemurungan serta menguatkan tubuh dengan mencium bauan bunga Ros ini pada setiap hari. - bungaros


Haruman Lily

Like Fan Page Harumanlily, anda berpeluang cabutan bertuah sekotak perfume harumanlily
Like sekarang!

Tuesday, April 29, 2014

Kategori Minyak Wangi / Perfume






KENALI KATEGORI MINYAK WANGI / PERFUME ANDA

*terbahagi kepada 4 jenis antaranya:-

 1. PERFUME 

  • Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangi yang tinggi iaitu 20% hingga 50%,
  • tahan lebih lama jika dipakai. 
  •  Harganya agak mahal.



2.  (EDP)
  • Eau de Parfume mengandungi kandungan minyak wangi di antara 10-15%.
  • Lebih murah daripada jenis perfume
  • Masih boleh bertahan agak lama jika dipakai dan sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. JANGAN meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. .

3. EAU DE TOILETTE (EDT)

  • Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. 
  • Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). 
  • Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. 


4. COLOGNE
 Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Saturday, April 26, 2014

Wajib Tahu.... cara salah Pemakaian Minyak Wangi / Perfumes



Anda pakai perfume tapi bau wangi tak tahan lama. Bengang kan.??!! setengah botol spray.. Bau tahan sekejap je.. Minyak wangi "Original" beli dekat SOGO...Kualiti tak seperti sepatutnya.. Jangan cepat menyalahkan pihak lain atau minyak wangi / perfumes tersebut. Cara Penggunaan juga anda perlu tahu untuk mengekakalkan kualiti produk minyak wangi / perfumes. Tak kisah la mahal atau murah yang penting cara penggunaan dan penjagaan perlu betul. Kalau yang murah tu sememangnya tak boleh la nak samakan kualiti dengan yang mahal kan??..  take noted perkara dibawah:-

1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah?? Boleh Ke?? 

Biasanya kita akan memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan la terus memakainya setelah selesai mandi. Keringkan badan dulu. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda. 

2. Spray perfume lebih daripada satu, pada masa yang sama?? aikk.. 

Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau. 

3. Pakai di tempat yang salah 

Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Sila klik di sini untuk mengetahui 7 point pada tubuh kita yang paling sesuai disapu perfume bagi mengekalkan keharuman perfume. 

4. Step penggunaan perfumes spray  dari atas ke bawah 

Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut. 

5. Pakai perfume di baju?? boleh tahan lame ke??

Pakai perfume pada BADAN bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju. 

6. Menggosok perfume selepas pakai 

Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama. 

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan 

Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut. 

8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk 

Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.


Friday, April 25, 2014

Kelebihan Memakai Wangian/ Perfumes



Penggunaan dan keseronokan wangian dan minyak wangi telah bertahan sepanjang abad, dari ritual budaya kuno kepada kepelbagaian gaya hidup hari ini.
Industri wangian adalah satu industri yang sungguh luas, tambahan pula statusnya banyak dipegang oleh artis terkenal.
Kelebihan bagi mereka yang memakainya:

1) Wangian dan colognes menghasilkan perasaan gembira, meningkatkan keyakinan diri dan rasa kesejahteraan.
2) Wangian juga membentangkan pemakai mereka dengan peluang untuk mencipta trademark untuk diri mereka yang hampir tidak dapat dilupakan.
3) Satu percikan halus wangian, apabila dicampur dengan kuasa deria bau, mempunyai keupayaan untuk mencetuskan kenangan indah dan pelbagai emosi yang boleh menaikkan semangat, memperkayakan cinta, meningkatkan mood orang, dan membawa kepada perasaan bahagia. Haruman membantu menjadikan kehidupan lengkap.
4) Haruman mempunyai keupayaan untuk meneutralkan bau yang tidak menyenangkan yang dikaitkan dengan agen pembersih yang banyak.
5) Aroma menyenangkan boleh meningkatkan deria dan pada masa yang sama meningkatkan proses pembelajaran.
6) Haruman juga bekerja untuk meningkatkan mood atau memberikan perasaan ketenangan di tengah-tengah hari yang sibuk.
Berjalan kaki di luar tidak akan sama tanpa bau wangian. Sebuah dunia tanpa wangian akan menjadi setanding dengan dunia yang tanpa muzik, seperti dunia tanpa warna yang mewarnai planet kita, seperti padang yang tidak pernah hijau dan subur.
Bayangkan betapa pucatnya hidup kita tanpa wangian.
Dah tahu kelebihannya kan?