Tuesday, April 29, 2014

Kategori Minyak Wangi / Perfume






KENALI KATEGORI MINYAK WANGI / PERFUME ANDA

*terbahagi kepada 4 jenis antaranya:-

 1. PERFUME 

  • Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangi yang tinggi iaitu 20% hingga 50%,
  • tahan lebih lama jika dipakai. 
  •  Harganya agak mahal.



2.  (EDP)
  • Eau de Parfume mengandungi kandungan minyak wangi di antara 10-15%.
  • Lebih murah daripada jenis perfume
  • Masih boleh bertahan agak lama jika dipakai dan sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. JANGAN meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. .

3. EAU DE TOILETTE (EDT)

  • Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. 
  • Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). 
  • Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. 


4. COLOGNE
 Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

No comments:

Post a Comment